Monday 28 April 2014

SOKONGAN DAN KERJASAMA


  • Segala pengurusan pentadbiran Madrasah Darul Islah (MDI) telah diuruskan oleh pihak pengurusan dalaman MDI sendiri. Bagi memastikan segala aktiviti madrasah tidak cenderung kepada mana-mana fahaman politik atau mana-mana ajaran yang menyimpang drpd ajaran Islam (Ahlus Sunnah Wal Jamaah). Ahli Jawatankuasa Pentadbiran dan pihak pengurusan tertinggi MDI sentiasa memantau bagi memastikan kurikulum pengajian di madrasah ini benar-benar berdasarkan kepada pendidikan agama yg berpandukan al-Qur'an dan as-Sunnah serta kitab-kitab karangan Ulama' silam yg muktabar

  • Oleh yang demikian, MDI telah didaftarkan dengan Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) pada 17 Februari 2012 bersamaan 16 Rabiulawal 1433H.

RANCANGAN PEMBANGUNAN DAN PEMBINAAN

  • Di atas sumbangan orang ramai dan individu persendirian dalam bentuk fizikal dan dana wang, pembangunan Madrasah yang sedang merancang utk membina bebrapa prasarana bagi kegunaan pelajar-pelajar di sini bagi menambah prasarana yang telah ada.

Antara prasarana yang sedia ada:

1) Surau untuk ibadat dan pengajian
2) 10 buah pondok penempatan pelajar lelaki
3) Pondok induk
4) Tandas dan bilik mandi
5) Stor peralatan
6) Dapur sementara

Prasarana yang belum siap / dalam perancangan :

1) Pondok penginapan mudir
2) Pondok penginapan tenaga pengajar
3) Pondok kelamin
4) Doom pelajar perempuan
5) Dewan pengajian
6) Rumah tamu 
7) Dewan makan pelajar

No comments:

Post a Comment